fb fb fb fb fb

Program Riuh Ek! Keluarga Malaysia diperluas ke negeri-negeri

JOHOR BAHRU, 2 Mac - Ayer Hitam menjadi lokasi pertama jelajah Program Riuh Ek! Keluarga Malaysia.

Timbalan Ketua Setiausaha Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Mastura Ahmad Mustafa berkata sejak 2017 program itu hanya diadakan di Lembah Klang.

"Kini Program Riuh Ek! Keluarga Malaysia diperluas ke negeri-negeri untuk memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat untuk menikmati karya penggiat industri kreatif dan seni," katanya.


(Mastura ditembual JohorFM secara maya) 

Beliau menyatakan demikian ketika ditemubual JohorFM secara maya.

Program Riuh Ek! Keluarga Malaysia akan berlangsung mulai esok hingga Sabtu (5hb) ini di Arena Warna, Ayer Hitam, di sini.

Media Baharu