fb fb fb fb fb

Program rintis 'AI Sandbox' beri manfaat 13,000 bakat baharu menjelang 2026

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan Keith Strier, Naib Presiden N-VIDIA.

BUKIT JALIL, 18 April - Inisiatif program perintis penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) Sandbox dijangka memangkin penubuhan 900 syarikat permulaan menjelang tahun 2026.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata dengan program perintis itu juga akan memupuk 13,000 bakat baharu dalam negara sekali gus meransang sehingga 10 peratus pertumbuhan ekonomi.

Ujarnya lagi ia melibatkan kerjasama strategik antara syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat, (N-VIDIA) bersama Sandbox Teknologi dan Inovasi Negara (NTIS) yang bersedia melonjakkan nama Malaysia dalam revolusi persada AI global.

"Program ini bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi di antara negara teratas dalam teknologi AI dan meningkatkan kecekapan produktiviti sejajar dengan kemajuan teknologi dalam keseluruhan

"Program Perintis Sandbox direka untuk meningkatkan penggunaan teknologi AI dalam kesemua ekosistem Malaysia, dengan berkesan mengecilkan jurang antara yang sedia ada serta norma industri global.

"Dengan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) sebagai ketua sekretariat, fasa sulung program sandbox akan bermula secara maya.

"Platform dan fasa program akan dibuka kepada mana-mana pemula AI yang ingin mengambil bahagian dan menyumbang kepada objektif program.," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran program Sandbox Kecerdasan Buatan (AI) di Taman Pemecut Penyelidikan untuk Teknologi dan Inovasi Malaysia (Mranti) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff dan Keith Strier, Naib Presiden N-VIDIA.

Terdahulu, syarikat teknologi multinasional N-VIDIA melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sumber dan kemampuan untuk menyediakan keperluan dan syarat sebagai sebuah HAB kecerdasan buatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN