PUTRAJAYA, 8 Mac - Pihak pengurusan masjid dan penganjur program Ramadan perlu memastikan pendakwah atau penceramah yang dijemput mempunyai tauliah.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, pihaknya bimbang sekiranya pendakwah atau penceramah tersebut menyampaikan ilmu yang menyimpang dari ajaran Islam.
“Saya ajak masyarakat dalam memilih penceramah kena ada tauliah supaya kita pastikan kandungan ceramah disampaikan dalam bulan Ramadan di masjid, surau atau platform media sosial ini, mereka ini ada asas ilmu pengetahuan dan sampaikan asas ajaran Islam sebenar,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Ihya Ramadan Peringkat Kebangsaan 2024 di Masjid Putra, di sini.
Jelas Na'im, pihaknya sentiasa mengalu-alukan program keilmuan sempena Ramadan untuk masyarakat
lebih memahami tentang Islam.
Tambah Na'im, pada masa yang sama, perlu memilih mereka yang telah mendapat tauliah dari pejabat mufti termasuk di negeri-negeri.
Selain itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) akan menyelaras program kerohanian dan kemasyarakatan bersama pegawai kader JAKIM di pelbagai kementerian dan jabatan