fb fb fb fb fb

Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku, pupuk semangat patriotik pelajar

Program tersebut akan dianjurkan di 38 buah sekolah di seluruh negara sehingga 16 September depan.

PUTRAJAYA, 13 Ogos- Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa hadir ke Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5(1) pagi tadi bersempena Bulan Kebangsaan.

Program anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) itu bertujuan bagi memupuk dan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Antara pengisian program adalah sembang santai kenegaraan, kuiz kenegaraan, nyanyian lagu patriotik serta penyerahan Jalur Gemilang kepada pihak sekolah.

Program tersebut akan dianjurkan di 38 buah sekolah di seluruh negara sehingga 16 September depan.

Turut hadir Ketua Pengarah JaPen, Julina Johan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM