fb fb fb fb fb

Program pembangunan sukan perlu diberi keutamaan

KUALA LUMPUR, 2 Mac - Atlet negara dinasihat untuk meletakkan kepentingan dan kesinambungan sukan negara sebagai keutamaan.

Jelas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker sebarang keputusan yang diambil perlu mengambil kira pelbagai faktor yang tidak menjejaskan perancangan jangka panjang persatuan sukan yang disertai.

Ia penting bagi memastikan program pembangunan atlet yang sudah dirancang dapat dilaksana sebaik mungkin.

(Datuk Seri Ti Lian Ker pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat)

"Atlet yang membuat keputusan untuk bergerak secara bersendirian atau profesional dan mengetepikan komitmen akan menjejaskan matlamat badan sukan berkenaan dan perancangan awalan pasukan.

"Ini akan memberi kesan dan impak yang besar dan membawa implikasi, akan mewujudkan konflik diantara badan sukan, atlet dan juga penaja, katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Tambahnya, badan sukan berkaitan juga berkemungkinan diambil tindakan undang-undang disebabkan perjanjian yang telah dimeterai dalam program sukan berkenaan.

Media Baharu