fb fb fb fb fb

Program Pembangunan Kemahiran tingkat kecekapan tenaga kerja

Majlis Penyerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Program Pembangunan Kemahiran di ibu negara

KUALA LUMPUR, 24 Disember- Kolaborasi antara kerajaan dan industri dilihat penting dalam meningkatkan kemahiran teknikal dan profesional sekali gus memacu pembangunan tenaga kerja khususnya Pendidikan Teknikal dan Vokasional dan Latihan (TVET).

Pengerusi GDEX Berhad, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, syarikat itu terus komited meningkatkan kemahiran teknikal dan profesional para pekerja melalui Program Pembangunan Kemahiran.

"Inisiatif ini sejajar dengan Dasar TVET Negara 2030, yang memfokuskan kepada memajukan Pendidikan Teknikal dan Vokasional dan Latihan (TVET) sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.

"Program Pembangunan Kemahiran, yang direka oleh GDEX dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK), bertujuan untuk meningkatkan kecekapan teknikal dan profesional daripada pekerja GDEX," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Penyerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Program Pembangunan Kemahiran kedua di ibu negara.

Dalam pada itu ia juga merupakan usaha GDEX untuk memperkukuh kerjasama dengan kerajaan bagi memacu pendidikan dan latihan vokasional ke tahap lebih tinggi.

Pada majlis graduasi berkenaan seramai 66 graduan diraikan, dengan 20 menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan 46 dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI