fb fb fb fb fb

Program Nasi Rendang Kopi O, erat hubungan antara penduduk

Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya bersama penduduk Kampung Salang pada Program Nasi Rendang Kopi O

KANGAR, 10 Februari- Program Nasi Rendang Kopi O dilaksanakan UMNO Bahagian Kangar bagi menyatupadukan penduduk serta mengeratkan hubungan dalam kehidupan bermasyarakat.

Program dilaksanakan di kesemua 18 kawasan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bagi DUN Sena pada setiap hujung minggu.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, usaha melaksanakan program bersama komuniti sebagai keprihatinan kepimpinan UMNO Bahagian Kangar selain medium menyalurkan maklumat berkaitan inisiatif dilaksanakan kerajaan.

"Menerusi program ini juga, penduduk yang hadir dapat menyuarakan pandangan, mengutarakan permasalahan setempat serta bersama-sama mencari penyelesaian agar setiap isu dibangkitkan dapat diselesaikan secara bersama.

"Dalam melaksanakan setiap program, kerjasama semua penduduk mampu menjayakan setiap perancangan dibuat selain platform penting melibatkan pelbagai peringkat usia dan kaum dalam melaksanakan aktiviti bersama,"katanya.

Beliau ditemui pada Program Nasi Rendang Kopi O bersama lebih 100 penduduk Kampung Salang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE