fb fb fb fb fb

Program Mesra Santai, dekati pendengar Melakafm

Penerbit Program Melaka Santai, Siti Rubiah Abu Siran

DUYONG, 16 Januari- MELAKAfm terus komited mendekati para pendengar sekali gus turun padang bagi menyantuni para pendengar melalui program Mesra Santai.

Acara bulanan yang berkonsepkan santai itu dipenuhi pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk semua pendengar sambil menawarkan hadiah menarik untuk mereka yang bertuah.

Penerbitnya, Siti Rubiah Abu Siran menyifatkan program ini dapat mengeratkan silaturahim selain memberikan informasi kepada masyarakat sempena Tahun Melawat Melaka (TMM2024).

"Program ini, selain kita mendekati pendengar pendengar di kawasan-kawasan, maknanya kalau radio ini bukan sahaja menerusi frekuensi, tetapi kita berperanan untuk turun mendekati pendengar-pendengar di lokasi terpilih dan kita juga membawa bersama artis-artis kelahiran Melaka untuk bersama sama mempromosikan Melakafm dan juga negeri Melaka kepada semua", katanya kepada pemberita di sini.

Juga tidak ketinggalan, penampilan istimewa para penyampai radio dan personaliti MELAKAfm yang beramah mesra bersama pemilik warung dan orang ramai.

Acara ini juga mengetengahkan seni warisan negeri Melaka seperti pantun dan dondang sayang.

ROSLINA BINTI DIN