fb fb fb fb fb

Program memasak Bubur Asyura pupuk kerjasama dan rapatkan hubungan penduduk

Program memasak Bubur Asyura suntik semangat perpaduan di kalangan komuniti setempat.

KANGAR, 12 Julai - Lebih 300 pek Bubur Asyura diagihkan kepada penduduk setempat sempena Program Kasih Muharam dianjurkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Paduka Ira.

Menurut Pengerusi JPKKP Paduka Ira, Refflis Mohd Ismail, program dilaksanakan ini bagi menyuntik semangat perpaduan di kalangan komuniti setempat serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang sihat dan berfaedah.

"Program ini juga sebagai tanda keprihatin JPKKP Paduka Ira bagi menyantuni komuniti setempat selain salah satu usaha kebajikan yang dapat memupuk kerjasama dan merapatkan hubungan antara JPKKP dan penduduk untuk bersama-sama berkongsi rezeki", katanya.

Beliau berkata pada Program Kasih Muharam, Kucai Bubur Asyura di Dewan Paduka, Taman Paduka yang disertai lebih 30 penduduk dan agensi terlibat yang bergotong royong menyedia dan memasak Bubur Asyura dalam dua periuk besar.

Program turut mendapat kerjasama UMNO Cawangan Paduka Ira, Wanita UMNO Paduka Ira, Persatuan Lestari Wanita Kayangan Negeri Perlis, Sahabat Penggerak Madani Malaysia Negeri Perlis, Balai Bomba dan Penyelamat Kangar dan Pasukan Bomba Komuniti Paduka Ira.

HASRON BIN HASSAN