Program Mai derma darah sokong keperluan pesakit di Perlis

FOTO RTM

KANGAR, 18 Februari – Sebanyak 41 pek darah berjaya dikumpulkan menerusi Program Mai Derma Darah yang dianjurkan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina serta sebagai persediaan menjelang Ramadan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program Mai Derma Darah kumpul 41 pek darah membantu persediaan bekalan menjelang Ramadan.
  • Inisiatif digerakkan oleh UMNO Bahagian Kangar bersama beberapa organisasi dan jabatan perubatan.
  • Masyarakat digesa terus menderma bagi memastikan stok darah mencukupi untuk kecemasan.

Program berkenaan digerakkan oleh UMNO Bahagian Kangar dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kangar, Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar serta Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah.

Penyelaras program, Siti Zulaikha Muhamad Zulkefli berkata, inisiatif itu bertujuan menampung stok bekalan darah yang kebiasaannya berkurangan sepanjang bulan Ramadan susulan penurunan jumlah penderma.

Menurut beliau, bekalan darah yang mencukupi amat penting bagi memastikan keperluan pesakit dapat dipenuhi, terutama dalam menghadapi sebarang kes kecemasan sepanjang musim perayaan.

Beliau turut menggesa masyarakat agar terus tampil menderma darah sama ada melalui program yang dianjurkan atau dengan hadir terus ke Jabatan Perubatan Transfusi hospital berkenaan bagi memastikan paras stok darah sentiasa berada pada tahap selamat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.