
KUANTAN, 6 Mac – Lebih 1,350 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga diraikan menerusi program Mahabbah Wira Ramadan anjuran Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di tiga lokasi Pantai Timur.
- LTAT menyatakan program itu sebagai penghargaan kepada anggota yang terus bertugas sepanjang Ramadan dan Syawal.
- Program bermula 2 Mac di Kem Batu 11 Tanah Merah, Gong Kedak dan Pangkalan TLDM Tanjung Gelang; iftar dan pengagihan bubur lambuk.
- Yayasan LTAT menyalurkan lebih RM20,000 kepada 68 keluarga ATM termasuk asnaf, pesakit kronik dan OKU.
- Taklimat Pencarum & Celik Kewangan sejak Disember 2023 capai 55,000 anggota; sumbangan sekitar RM420,000 bersempena Aidilfitri.
Ketua Eksekutif LTAT, Mohammad Ashraf Md Radzi berkata, ia penghargaan kepada anggota yang terus bertugas sepanjang Ramadan dan Syawal tahun ini.
Program yang bermula sejak 2 Mac itu melibatkan Kem Batu 11 Tanah Merah di Kelantan, Pangkalan Udara Gong Kedak di Terengganu serta Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang di Kuantan, dengan pengisian utama merangkumi majlis iftar dan pengagihan bubur lambuk kepada anggota Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut.
Dalam program sama, Yayasan LTAT menyalurkan lebih RM20,000 kepada 68 keluarga ATM termasuk asnaf, pesakit kronik dan Orang Kurang Upaya.
Turut dilaksakan Program Taklimat Pencarum & Celik Kewangan sejak Disember 2023 untuk 55,000 anggota ATM, selain menyumbang sekitar RM420,000
ringgit bersempena Aidilfitri.