fb fb fb fb fb

Program MADANI Rakyat Zon Utara di Pulau Pinang bermula hari ini

Nisrin Mohd Noh

SUNGAI NIBONG, 3 Mei- Program MADANI Rakyat Zon Utara bermula hari ini di Tapak Pesta Sungai Nibong menyediakan pelbagai acara dan program menarik buat pengunjung.

Reruai MutiaraFM antara yang menjadi tumpuan orang ramai.

Menurut Ketua Bahagian Rancangan MutiaraFM Nisrin Mohd Noh, Pelbagai aktiviti disediakan, selain dapat beramah mesra dengan penyampai radio berkenaan, pengunjung juga diberi peluang untuk mencuba bakat sebagai penyampai.

"Antaranya cuba bakat, Dj corner. Cuba bakat ini menarik untuk mereka yang ingin mencuba bakat sebagai penyampai radio, pembaca berita

"Selain itu, kita juga ada program karaoke dan juga kuiz teka-teki," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu bagi pengunjung Nur ALiyah Illyana Azahri, dia begitu teruja apabila berpeluang bertemu dengan penyampai MutiaraFM.

""Untuk hari ini saya sangat teruja boleh datang ke reruai MutiaraFM. Selalu dengar dekat radio, hari ini saya dapat bertemu dengan penyampai radio, jumpa depan-depan Dj AMin, Dj Laily.

"Saya juga berkesempatan untuk mencuba aktiviti yang disediakan antaranya Dj Challenge, Berita Challenge. Sanhgat seronok sebab ini pengalaman baru bagi saya," katanya.

Turut diadakan pameran arkib RTM yang mengetengahkan peralatan antik yang diguna pakai ketika siaran zaman dahulu.

PMR Zon Utara 2024 berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dan majlis perasmian penutup program berkenaan dijangka akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 Mei ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI