Program LKIM dapat sambutan, jualan laris terjual kurang sejam

Foto FB LKIM

PUCHONG, 13 Februari – Kempen Beli Udang Tempatan dan Jualan My Aqua Best di Pulau Meranti mendapat sambutan luar biasa apabila separuh jualan hasil laut dan produk akuakultur habis terjual kurang daripada satu jam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program LKIM terus bantu usahawan akuakultur pasarkan hasil ternakan terus kepada pengguna pada harga promosi.
  • Potongan harga hampir 50% untuk pelbagai ikan dan udang menarik ramai pengunjung membeli lebih banyak.
  • Pengunjung puashati dengan harga jauh lebih murah berbanding pasaran dan pasar borong.
  • LKI M percaya sokongan kepada hasil tempatan stabilkan pasaran, tingkatkan pendapatan penternak dan nelayan.

Program anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk kali ketiga itu bertujuan membantu usahawan ikan air tawar atau akuakultur memasarkan hasil ternakan secara terus kepada pengguna pada harga promosi.

Menurut Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil, pengunjung dapat membeli dengan potongan harga hampir 50 peratus lebih murah sempena sambutan bulan Ramadan.

” Jualan ikan murah hari ini dengan kita bawa ikan jenahak, ikan merah ikan bawal emas, semuanya hampir 200 kilo setiap spesies dengan harga separuh daripada harga pasaran, contoh ikan merah kita jual RM20 seekor , jenahak RM20 seekor, ikan bawal emas RM20 seekor , ikan siakap RM10 seekor, ikan kerapu RM10 seekor”, katanya.

“Ini semua kita lakukan untuk rakyat kerana kita tahu ramadhan ini banyak kerajaan yang perlu tanggung oleh rakyat dan insya-Allah kita akan laksanakan Jualan Agro MADANI ini di bawah LKIM sahaja sebanyak 300 jualan di seluruh negara.

Pengunjung yang datang juga turut berpuas hati dengan penetapan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran itu.

”Datang tadi nak membeli ikan merah tapi telah habis, sempatlah ambil udang, ikan banyak juga diperuntuk habis hari ini. Harga memang amat-amat berbaloi murah dan berpuas hati”, kata pengunjung Mohammad Amin Mahmood.

”Kita telah tengok senarai daripada rumah dan rancang untuk membeli. Harga udang biasanya RM38 hingga RM40 sekilo. Di sini RM20 sahaja sekilo dan boleh beli dua kilo seorang, sukuplah untuk stok bulan puasa. Kami dah tengok senarai harga ikan hari ini. Ikan siakap besar RM10, kerapu pun RM10. Memang sangat murah. Kalau bukan hari ini, nak beli di pasar, termasuk pasar borong pun tak semurah ini,” ujar Aishah Humairah Abdul Sukor.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Facebook, LKIM yakin sokongan berterusan rakyat terhadap hasil tempatan akan membantu menstabilkan pasaran domestik, meningkatkan pendapatan penternak dan nelayan serta memperkukuh imej industri perikanan negara.