KUALA LUMPUR, 11 April- Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Jabatan Penyiaran Malaysia anjuran bersama Unit Psikologi, Seksyen Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan mengadakan Program Kunjungan Jalinan Kasih Madani hari ini.
Ia diadakan di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Program itu melibatkan penyertaan seramai 41 orang warga Jabatan Penyiaran Malaysia bersama 66 orang penghuni Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi.
Objektif utama program itu adalah untuk memberi sokongan sosial motivasi terhadap kesejahteraan psikologi penghuni sekolah tersebut.
Di samping itu, program tersebut juga mendapat sumbangan sebanyak RM3,000 daripada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan sumbangan makanan berbuka puasa ditaja oleh pihak penyetpenyet.com
“Hasrat kami untuk membantu sekolah ini dalam menyediakan pelapis-pelapis pada masa akan datang supaya apabila mereka keluar daripada sekolah ini, mereka boleh berdikari.
“Program ini juga membantu menanam sifat-sifat insaniah dalam kalangan pelatih-pelapis sesuai dengan konsep Malaysia Madani,”kata Ismail Seman, Pengerusi KKS Jabatan Penyiaran Malaysia.
(Pengerusi KKS Jabatan Penyiaran Malaysia,Ismail Seman)