fb fb fb fb fb

Program 'Kita MADANI' wajar diperluas tanpa kira fahaman politik - ADUN Sidam

SUNGAI PETANI, 8 Oktober - Program  ‘Kita Madani ‘ harus diperluaskan tanpa mengira fahaman politik, kata ADUN Sidam, Bau Wong Bau Ek.

Katanya, ia bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan dalam kalangan rakyat terutama aspek nilai murni berlandaskan enam tonggak Malaysia Madani ini.

"Meskipun berbeza pemahaman politik namun pendekatan sambutan program ini  memberangsangkan terutama kehadiran  penduduk setempat pelbagai kaum dengan kerjasama agensi awam,swasta dan badan bukan kerajaan NGO.

"Saya rasa tiada masalah ini adalah dari jabatan penerangan jadi akan merangkumi semua tak kira fahaman politik macamana pun jadi saya ingat ok kita boleh saja kita lakukan program macam ni dan sambutan seharusnya tidak membezakan mana-mana politik dalam kawasan satu kawasan," katanya.


(ADUN Sidam, Bau Wong Bau Ek - Kiri)



Beliau ditemui RTM selepas merasmikan program Kita Madani peringkat negeri Kedah mewakili Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari di Flat Paya Nahu , di sini yang turut dihadiri ADUN Bakar Arang Adam Loh Wei Chai dan Pengarah Penerangan Negeri Kedah Nasrudin Mahmud.

Tambahnya  lagi program ‘Kita Madani' harus  diperhebatkan dari daerah ke daerah untuk memupuk semangat kebersamaan serta mendekatkan bersama pemimpin dan rakyat.

Pada program itu juga Skuad Sayang Kedahfm turut  sertai bersama masyarakat setempat serta pelbagai program turut diadakan antaranya Slot Santai PDRM, Bomba, Pos Malaysia,Jualan Agro Madani, Pameran, Sukan Rakyat dan lain-lain lagi.

Media Baharu