fb fb fb fb fb

Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan diiktiraf Malaysia Book Of Records

KUALA LUMPUR, 23 Mac - Penganjuran Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan dibawah Persatuan Muafakat Darul Ehsan (PAKAT) diiktiraf Malaysia Book Of Records sebagai Program Amal Gelandangan dengan penyertaan Badan Bukan Kerajaan (NGO) terbesar di Malaysia.

Menurut Presiden PAKAT, Datuk Seri Nor Hasnal program tersebut menyasarkan golongan gelandangan dan insan terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan penyediaan barangan keperluan seharian dan bekalan makanan harian.

"Insya-Allah kita akan ke Johor pula selepas ini, aktiviti akan berterusan dan kita akan buat aktiviti sahur untuk gelandangan dan ia bukan angan-angan sahaja.

"Kita sudah berjaya mencipta rekod 21 hari dengan kerjasama semua NGO dan badan korporat, ini satu titik permulaan yang baik dan kita akan terus menyantuni gelandangan di seluruh negara," katanya.

(Datuk Seri Nor Hasnal)

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian penutup program tersebut di ibu negara.

Seramai 40 peserta daripada 115 NGO terlibat bergerak menyantuni gelandangan sekitar Kuala Lumpur setiap hari dengan 200 pek makanan dan barang keperluan asas seperti kit penjagaan kebersihan diri dan makanan kering diberikan selama 21 hari.

Antara lokasi tumpuan adalah sekitar Masjid Jamek, Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan Jalan Ipoh.

Media Baharu