fb fb fb fb fb

Program Jualan Termurah Madani, Khidmat Demi Rakyat akan diperluas- Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM

IPOH, 28 Januari- Program Jualan Termurah Madani, Khidmat Demi Rakyat yang menawarkan harga barangan keperluan asas pada harga rendah akan diperluas ke seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program tersebut akan diperbanyakkan bagi memenuhi permintaan, sekaligus mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Kita telah mengambil pelbagai langkah berikutan kos sara hidup yang meningkat, walaupun jumlah STR (Sumbangan Tunai Rahmah) kita naikkan, tetapi tidak cukup, kalau harga barang naik.

"Kita akan perbanyakkan, kerapkan, perluaskan jualan murah terutama barangan keperluan ikan, ayam, beras dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyantuni rakyat pada program tersebut di Padang Klebang Restu, di sini.

Turut hadir Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD