fb fb fb fb fb

Program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat jadi tumpuan orang ramai

Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 6 Januari - Sempena program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan terutama barang basah dengan harga amat berpatutan.

Seawal 7.30 pagi, mereka sudah mula beratur di kawasan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, iaitu lokasi berlangsungnya program anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dijangka hadir bagi merasmikan program berkenaan.

Dalam program berkenaan, orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan seperti beras lima kilogram (5kg) yang dijual pada harga RM16.50, ikan siakap RM7 seekor, tiga ekor ikan cencaru yang dijual dengan harga RM1 dan ayam segar RM8.50 sekilogram.

Buah-buahan juga boleh didapati pada program berkenaan.

TETITIA YUSOFF