fb fb fb fb fb

Program Jualan Semarak Syawal 2022 tampil bantu golongan memerlukan

SUNGAI PETANI, 26 April - Program Jualan Semarak Syawal 2022 peringkat daerah Kuala Muda akan diadakan di Pasar Tani, Sg Petani pada 1 Mei ini.

Program diadakan bagi memberi peluang kepada golongan B40 atau yang kurang berkemampuan membeli barangan keperluan dengan harga berpatutan sempena perayaan Aidilfitri.

Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Muda, Datuk Md Suhaimi Abd Rahman berkata terdapat enam barangan asas yang dijual, termasuk daging lembu tempatan, ayam, beras ,gula, minyak masak dan gula.

Kesemua barangan tersebut ditaja oleh wakil-wakil rakyat, agensi-agensi kerajaan termasuk pihak swasta atas tanggungjawab sosial koporat (CSR).

Menurut Md Suhaimi lebih 3,000 kilogram daging lembu tempatan serta 3,000 ekor ayam disediakan dan dijual dibawah harga pasaran.

(Md Suhaimi bercakap kepada RTM)

"Ini menunjukan kerajaan negeri dan agensi-agensi awam begitu prihatin akan nasib dan kesusahan rakyat. Mereka menzahirkan keprihatinan dengan memberikan bantuan dan mengharapkan bahawa program ini turut disertai oleh agensi-agensi ditempat lain. Saya ucapkan terima kasih kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menaja dan menganjurkan program ini," kata Md Suhaimi di sini.

Beliau turut berharap lebih ramai individu, dermawan dan syarikat-syarikat korporat tampil menyumbang dan menaja barangan keperluan.

Media Baharu