LANGKAWI, 29 Jun- Lebih 350 penduduk setempat hadir memeriahkan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA), Komunti MADANI Parlimen Langkawi yang berlangsung di Dewan Syifa, Padang Matsirat, Langkawi.
Penolong Pengarah Penerangan Kedah, G Vane Ganaison berkata, program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Langkawi menyajikan pelbagai program yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Antara aktiviti dianjurkan ialah pertandingan mewarna dan sukaneka kanak-kanak, ceramah jenayah scam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pameran agensi kerajaan dan swasta.
"Pelaksanaan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi atau JIWA Komuniti MADANI berperanan penting menyebar luas maklumat berkenaan dasar, usaha dan inisiatif dilaksanakan kerajaan demi kesejahteraan masyarakat," katanya ketika merasmikan Program Jiwa Madani Parlimen Langkawi di Padang Matsirat, di sini.
Komuniti MADANI juga sebagai usaha berterusan memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat.