fb fb fb fb fb

Program Jelajah Bantuan Madani selesaikan permasalahan rakyat

Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri,Datuk Azman Abidin /Foto RTM

SUNGAI PETANI, 16 Januari-Program Siri Jelajah Bantuan Madani yang dianjurkan kerajaan bukan sahaja menyantuni mereka yang memerlukan tetapi juga untuk melihat keperluan dan permasalahan mereka untuk diatasi dan segera diselesaikan.

Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri,Datuk Azman Abidin berkata permasalahan itu nanti sekiranya tidak dapat diselesaikan diperingkat negeri,perkara itu akan dirujuk ke peringkat persekutuan dan seterusnya disalurkan kepada agensi agensi kerajaan untuk membantu.

"Ini adalah antara program Perdana Menteri ingin lakukan.

"Beliau mewakilkan kami Setiausaha Politik (SU) untuk turun kelapangan menyantuni rakyat seluruh negara melihat apa perkara yang boleh apa permudahkan rakyat di kawasan tersebut yang tak boleh diselesaikan oleh sama ada ahli Parlimen dan sebagainya", katanya demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Asnaf "One Off' Perdana Menteri di sini.

Seramai 200 asnaf menerima sumbangan tersebut.

Program Jelajah Bantuan Madani yang bermula sejak 2023 menjelajah keseluruh negara.

Selepas negeri Perlis dan Kedah, program bantuan itu akan ke Pulau Pinang.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD