
PUTRAJAYA, 27 Januari — Kerajaan hari ini melancarkan inisiatif nasional untuk menggalakkan rakyat menggantikan kenderaan berusia 20 tahun ke atas dengan penawaran insentif sehingga RM4,000.
- Program Geran Padanan RM10 juta galak pemilik ganti kenderaan 20 tahun ke atas dengan insentif sehingga RM4,000.
- Matlamat mengurangkan kenderaan tidak selamat, tidak cekap bahan api dan tidak memenuhi piawaian keselamatan.
- Program inklusif melibatkan Sabah dan Sarawak walau kemudahan AATF belum lengkap di sana.
- Langkah awal untuk pelupusan kenderaan teratur dan meningkatkan kesedaran pelupusan sah serta bertanggungjawab.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Program Geran Padanan bagi Penggantian Kenderaan Lama berjumlah RM10 juta di bawah Belanjawan 2026 itu bertujuan mengurangkan penggunaan kenderaan lama yang tidak lagi selamat, tidak cekap bahan api dan tidak memenuhi piawaian keselamatan semasa, selain merancakkan permintaan terhadap kenderaan baharu keluaran tempatan.
Anthony berkata, program itu bersifat inklusif dan turut melibatkan Sabah serta Sarawak, meskipun kemudahan Authorised Automotive Treatment Facility (AATF) masih belum tersedia sepenuhnya di kedua-dua negeri berkenaan.
“Jadi ini satu pendekatan Yang kita harap dapat menggalakkan Dan memberikan kesedaran kepada orang ramai bahawa kenderaan lama mereka boleh dilupuskan dengan cara yang teratur Dan mendapatkan semula sedikit bayaran lebih baik daripada mereka. Membiarkan kenderaan mereka di tepi jalan.
“Jadi ini adalah satu program ke arah matlamat tersebut. Jadi saya harap program ini dapat di wawarkan ,”katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Geran Padanan Bagi Penggantian Kenderaan Lama di sini.
Tambah beliau, program tersebut diharap dapat menjadi langkah awal ke arah pengurusan kenderaan lama yang lebih tersusun, selain menggalakkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pelupusan kenderaan secara sah dan bertanggungjawab.