fb fb fb fb fb

Program empowerNCER, 72% peserta guna platform digital pasarkan produk

Impak positif program itu dapat dilihat apabila secara purata pendapatan peserta meningkat lima kali ganda berbanding sebelum menyertai program tersebut.

BALIK PULAU, 18 Mac- Sebanyak 72 peratus peserta program empowerNCER di Pulau Pinang mampu menggunakan platform digital untuk pemasaran produk.

Impak positif program itu dapat dilihat apabila secara purata pendapatan peserta meningkat lima kali ganda berbanding sebelum menyertai program tersebut.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan berkata menerusi program itu lebih setengah juta ringgit pendapatan terkumpul berjaya dijana peserta sehingga tahun lalu.

"Program ini untuk B40, kita nak keluarkan mereka daripada kemiskinan. Bila dah sorang keluar, maknanya semua akan keluar.

"Apa kita bagi adalah kemahiran, kursus-kursus kita akan buat 'profiling' dulu, apa dia minat, kursus itu selama enam bulan.

"Dia masuk 'fresh' lepas pada itu baru kita ajar pendigitalan dan semua la," katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Ramadan RTM Pulau Pinang di Masjid Daerah Barat Daya di sini.

Menurut beliau, sejak 2019, kira-kira 2,000 orang telah menyertai program tersebut dengan 41 peratus daripada mereka telah berjaya memulakan perniagaan secara formal.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM