KUALA LUMPUR, 14 Julai - Dua saksi akan dipanggil memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung penganjuran program motivasi rumah tangga e-hati bagi membantu siasatan dakwaan mengandungi unsur lucah dan fahaman yang meragukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerjasama dengan pihak polis turut dilakukan bagi meneliti kes tersebut sekiranya terdapat kesalahan di bawah undang-undang sivil.
"Pihak terlibat diharap tampil memberikan maklumat supaya isu berkenaan dapat diadili sebaik mungkin", katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Pra-Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-65 di ibu negara.
Tular di media sosial sepasang suami isteri menganjurkan program motivasi rumahtangga ehati yang melanggar syariat Islam sehingga mencetuskan kebimbangan orang awam.