fb fb fb fb fb

Program Earth Hour di Langkawi dapat sambutan menggalakkan

LANGKAWI, 27 Mac- Sambutan Earth Hour di Langkawi menyaksikan 200 peserta menyertai aktiviti berbasikal secara santai sejauh 10 kilometer yang bermula di Dataran Menara MAHA Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata ia penting dalam usaha bersama menjaga kelestarian alam sekitar selain mengekalkan status Global Geopark pertama di Asia Tenggara.

"Sebagai UNESCO Global Geopark yang pertama di Asia Tenggara, Langkawi memberikan komitmen sepenuhnya bahawa kelestarian alam sekitar perlu kita utamakan mengatasi apa-apa kepentingan yang lain," kata Nasaruddin kepada pemberita RTM.


(Peserta-peserta yang bersama memeriahkan program Earth Hour 2022 di Langkawi)

Tambahnya, Langkawi menjadi antara 7,000 bandar di seluruh dunia yang sama-sama meraikan Earth Hour 2022 selama sejam bermula 8.30 minit malam tadi.

Ia juga menjadi nilai tambah kepada LADA dalam usaha mempromosikan pulau itu selepas sempadan negara dibuka awal bulan depan.

Media Baharu