fb fb fb fb fb

Program anjuran FINAS inisiatif tingkat pasaran filem tempatan

Forum Strategi Pemasaran Filem di Pawagam di FINAS

KUALA LUMPUR, 18 September- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengambil inisiatif melaksanakan program khusus kepada penggiat dan pemain industri filem ke arah meningkatkan pasaran filem tempatan di seluruh negara.

Forum Strategi Pemasaran Filem di Pawagam yang diadakan di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS berjaya mengumpulkan seramai 130 penerbit, pengedar, pempamer filem serta wakil persatuan perfileman; termasuk pembikin filem masa depan terdiri daripada penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

Forum merupakan platform untuk memberi pendedahan, perkongsian idea dan pengalaman kepada penerbit dan pengedar filem mengenai amalan terbaik serta strategi pemasaran dan pengedaran filem yang efektif untuk mencapai tahap jualan terlaris atau box office.

Ia sekali gus, membuka ruang untuk mengukuhkan jaringan kerjasama selain mewujudkan peluang kolaborasi khusus bagi penerbit, pengarah, pengedar dan pemamer filem dengan lebih profesional bagi menggalakkan kerjasama antara pelbagai pihak dalam industri filem, seterusnya mencipta peluang pemasaran lebih besar dan berkesan.

Forum dijayakan panel jemputan berpengaruh dan berpengalaman luas dalam industri yang mewakili Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE), Azalilah Majlan dan Esther Hau serta wakil pengedar filem; Norsalvina Alwee dan Shures Ratnakrishnan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI