KUALA LUMPUR, 24 November- Seramai 203,129 pengunjung hadir memeriahkan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Rata-rata mereka tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi lebih 30 reruai yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk pada hari terakhir program yang diadakan hari ini.
"Meriah sangat, penuh! kita beli barang, bayar saman, lepas tu balik. Kita datang dari pukul 6.00 pagi sampai sekarang, dua jam, tapi berbaloi la rasanya, boleh bayar saman dengan diskaun, bagus la. Tahun depan boleh buat lagi," kata pengunjung, llia Natshi Zulkeflee.
"Hari ini hari kedua kita beratur dari pukul 7.30 pagi, alhamdulillah dapat topi baru. Jadi korang datang dapatkan topi percuma, bawa kad pengenalan, jangan lupa. Ini membantu rakyat yang kurang kemampuan untuk membeli topi," kata pengunjung, Nurul Aida Ikhram.