KUALA LUMUR, 23 November- Produktiviti buruh di Malaysia mencatatkan RM42.2 per jam bekerja pada suku ketiga 2023, memulih sedikit berbanding RM40.6 per jam pada suku kedua.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, ini susulan pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan yang lebih kukuh.
Beliau berkata, melihat kepada prestasi sektor bagi produktiviti buruh yang diukur sebagai nilai ditambah per jam bekerja, sektor pembinaan dan perkhidmatan memacu prestasi keseluruhan dengan mencatatkan kenaikan.
Manakala tiga sektor yang menunjukkan penurunan iaitu pembuatan, pertanian, perlombongan dan pengkuarian.
Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin turut berkata, bagi mempertingkatkan produktiviti buruh, pelaburan pembangunan modal insan dengan menggabungkan kurikulum digital yang bertepatan dan pembangunan kemahiran serta dorongan pembelajaran sepanjang hayat adalah diperlukan.
Manakala untuk menyokong adaptasi inovasi dan teknologi, pekerja berkemahiran adalah sangat penting bagi membuka potensi pertumbuhan ekonomi.
Segala usaha perlu dipergiat secara berterusan bagi melahirkan bakat berkualiti tinggi untuk mendokong aspirasi kerajaan Malaysia dalam menjadi negara maju dan inklusif.