KUALA LUMPUR, 17 Disember- Produk eco-kreasi Malaysia dijangka akan melonjak, bukan sahaja dalam pasaran tempatan bahkan di peringkat antarabangsa.
Walaupun harga produk 'eco tempatan' lebih tinggi di pasaran ketika ini, Pengarah Pusat Keusahawanan (MASMED), Dr Rohana Zur menjangkaan lima hingga 10 tahun akan datang, ia akan selari dengan harga produk dari luar negara.
"Generasi muda, generasi moden sekarang ini perlu tahu apa itu eco-kreasi sebenarnya. Ini kerana mereka adalah generasi yang akan ke hadapan dan membawa mesej-mesej sebegitu kepada keadaan ekonomi pada masa akan datang."
"Produk tempatan kita akan lebih berdaya maju malah lebih dari negara-negara ASEAN ini. Ia akan tumbuh dan akan masuk ke pasaran antarabangsa tetapi kelestarian alam, budaya dan sejarah itu tetap kita kekalkan," kata Dr. Rohana kepada pemberita selepas temu bual Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Eco-kreasi merupakan model perniagaan yang terbaik dalam mencari kelainan dalam produk hijau di pasaran tempatan.