fb fb fb fb fb

PRN: MCA, MIC akan diberi kerusi untuk bertanding

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 27 Jun- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa MCA dan MIC akan diberi kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, ia sekaligus menolak khabar angin akan berlakunya peminggiran komponen BN dalam PRN tersebut.

"Saya harap jika ada sebarang desas desus mengatakan ada peminggiran mana-mana parti dalam kalangan komponen BN, saya harap ianya dipadamkan. Jadi saya ingin memberikan jaminan ini kepada rakan-rakan dalam parti-parti komponen Barisan Nasional", katanya.


(Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memuktamadkan pengagihan kerusi BN dan PH pada tarikh yang dikemukakan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden MIC, M.Saravanan juga menafikan menafikan laporan bahawa parti itu akan diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding pada PRN Selangor.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Portal TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) MADANI di Putrajaya.

Media Baharu