fb fb fb fb fb

Prinsip tadbir urus yang baik mampu kukuhkan kerjasama antarabangsa

Datuk Seri Khaled ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama Seminar Keselamatan Negara Antarabangsa 2024 di MITEC, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Prinsip tadbir urus yang baik seperti ketelusan, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang dalam industri pertahanan negara mampu mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini berikutan, tadbir urus yang baik mampu meningkatkan reputasi dan meletakkan Malaysia sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai di peringkat global.

Kerjasama ini penting bagi mengumpul maklumat untuk menghadapi cabaran keselamatan siber dan perubahan iklim secara bersama.

"Sebagai balasan, pelbagai perkongsian antarabangsa yang teguh akan membantu meningkatkan keupayaan dan membolehkan perkongsian maklumat dan kerjasama keselamatan untuk menangani ancaman bersama,"katanya dalam ucaptama Seminar Keselamatan Negara Antarabangsa 2024 di MITEC, Kuala Lumpur. 

Tambahnya, Malaysia akan terus menjadikan penanda aras yang ditetapkan oleh institusi antarabangsa untuk tadbir urus yang baik dalam industri pertahanan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE