LABUAN, 13 Mei - Princessca Yvanne Kimberly Abalbert dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2024 peringkat Labuan.
Beliau bakal mewakili Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Labuan ke peringkat Negeri Sabah.
Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Labuan kali ini menampilkan lapan peserta di peringkat akhir.
Kimberly yang berusia 24 tahun berasal dari Ranau, Sabah.
Kemenangan membolehkannya menerima mahkota, hadiah wang tunai, trofi serta hadiah iringan.
Manakala, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Elvira Linda Sipayang dan Wirnesly Winol.
Sambutan Pesta Kaamatan 2024 peringkat Labuan disempurnakan Ahli Parlimen, Datuk Suhaili Abdul Rahman.