PUTRAJAYA, 19 Disember- Pertumbuhan produktiviti negara menunjukkan peningkatan setiap tahun, mencerminkan pengembangan ekonomi yang baik.
Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian (Dasar) Kementerian Sumber Manusia, Dr. Zaki Zakaria, Malaysia telah berada pada landasan yang tepat ke arah mencapai sasaran prestasi produktiviti pekerja iaitu 3.7%.
"Berdasarkan laporan yang diterima pada tahun 2022, kadar produktiviti kita telah hampir kepada sasaran iaitu 3.7% tetapi kita harus ingat ia terjadi disebabkan apabila pasaran buruh dibuka, kemasukan produktiviti meningkat secara mendadak. Namun, kita perlu ingat, kita tidak tahu cabaran pada tiga tahun akan datang."
Dalam usaha nak mencapai perkara itu, tenaga buruh kita perlu tingkatkan 'upskilling' dan 'reskilling' mereka," kata Dr. Zaki kepada pemberita pada Forum Diskusi Produktif Senario Pasaran Buruh Malaysia, di Putrajaya.
Terdahulu, pada ucapan perasmian, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia berkata produktiviti setiap pekerja terus meningkat pada suku ketiga 2023 sebanyak 0.6% dengan nilai RM24,465 berbanding RM23,408 pada suku kedua.
Katanya, trend peningkatan itu menggambarkan pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan yang lebih kukuh.
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) menyasarkan prestasi produktiviti pekerja, tumbuh 3.7% setahun dalam tempoh 2021 hingga 2025, dengan sasaran RM107,170 bagi setiap pekerja pada 2025.