fb fb fb fb fb

Prestasi Exco dipantau - Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 26 Mac- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, barisan Exco Kerajaan Negeri yang dilantik, perlu menjalankan tugas dengan baik, sekiranya tidak mahu diganti dengan calon lain.

Tegas Baginda, prestasi setiap Exco akan sentiasa dipantau.

Menerusi catitan Facebook Sultan Johor, janji - janji dan ikhtiar semasa kempen pilihan raya juga, perlu dilaksanakan, mengikut portfolio masing - masing.

Selain berdedikasi, berkhidmat kepada rakyat, dan sentiasa mendekati mereka, di kawasan Dewan Negeri masing - masing.

Barisan Exco juga dititah, perlu menjaga kepentingan negeri dan rakyat, serta bekerjasama dengan semua pihak.


(Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Exco Kerajaan Negeri Johor)

Media Baharu