fb fb fb fb fb

Prasarana jamin operasi lancar menjelang Aidilfitri, lebih 4,000 kakitangan bertugas

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Lebih 4,000 kakitangan Prasarana ditugaskan bagi memastikan kelancaran operasi perkhidmatan awam sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihaknya sentiasa bersedia bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan berada dalam keadaan terbaik.

"Persiapan untuk hari raya Adilfitri, perkhidmatan Prasarana sama ada bas ataupun rel berjalan seperti biasa. Lebih 4,000 kakitangan kami akan terus bertugas untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia khususnya di Kuala Lumpur yang akan menggunakan perkhidmatan kereta awam darat.

Maka, kita beroperasi seperti biasa dan berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik," kata Mohd Azharuddin kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka bersama media dan anak-anak yatim dari Rumah Kasih Nurul Hasanah di ibu kota.

Turut dipersembahkan tayangan eksklusif bertajuk "Maaf' sempena Hari Raya Aidilftri 2025 yang berkisarkan pengorbanan, kasih sayang seorang ayah kepada anak tunggalnya, yang dilakonkan Jalil Hamid.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM