SUBANG, 4 April- Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto berangkat pulang bersama deligasinya ke Indonesia pada pukul 12.25 tengah hari tadi.
Beliau dan deligasinya bergerak pulang setelah selesai mengadakan lawatan kerja ke Malaysia selama sehari atas jemputan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.
Pertemuan tersebut turut membincangkan pelbagai perkara, antara lain, hala tuju seterusnya untuk mengukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia.
Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029
Sebelum pulang Prabowo sempat menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kuala Lumpur.
ARTIKEL BERKAITAN
Anwar - Prabowo kongsi pengalaman, perkukuh hubungan KL dan Jakarta
PM terima kunjungan hormat Prabowo
Prabowo tiba untuk lawatan khas sehari ke Malaysia