fb fb fb fb fb

PPZ-MAIWP sasar kutipan RM10 juta menerusi myASNB

Abdul Hakim (kiri) ketika melakukan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Bayaran Zakat Melalui MyASNB di Dewan Al-Qardhawi, Wisma Pusat Pungutan Zakat (PPZ), di sini hari ini.

KUALA LUMPUR, 29 November- Sebanyak RM10 juta kutipan disasarkan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi portal myASNB tahun hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman, pengguna boleh melakukan pembayaran zakat di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) secara pertukaran proses kewangan (FPX) melalui aplikasi myASNB bermula 18 November.

"Kita menyasarkan kepada pendeposit- pendeposit ASNB di samping mereka membudayakan simpanan di ASNB, mereka juga boleh menunaikan zakat melalui kalkulator yang kami sediakan melalui apps myASNB ini, jadi pendeposit- pendeposit yang nak buat bayaran zakat boleh terus memasuki aplikasi myASNB ini dan boleh buat pengiraan disitu dan seterusnya boleh klik bayaran, boleh buat bayaran terus kepada PPZ-MAIWP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Bayaran Zakat Melalui MyASNB di Dewan Al-Qardhawi, Wisma Pusat Pungutan Zakat (PPZ), di sini hari ini.

Abdul Hakim berkata ketika ini terdapat hampir 10 juta pendeposit ASNB di seluruh Malaysia dan melalui aplikasi ini, para pendeposit boleh terus mengira dan membuat pembayaran zakat tanpa menolak nilai pelaburan di dalam akaun simpanan mereka.

Tambah beliau, PPZ-MAIWP menyasarkan pungutan zakat sebanyak RM1 bilion pada tahun ini dengan peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding RM145 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

ZEHRA BINTI ZAMBRI