fb fb fb fb fb

PPS: Sesi persekolahan tidak beroperasi di 28 buah sekolah di Johor

JOHOR BAHRU, 8 Januari - 28 buah sekolah di sini tidak akan memulakan sesi persekolahan bermula esok kerana sekolah berkenaan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Ia melibatkan 23 sekolah rendah dan lima sekolah menengah di empat daerah iaitu di Segamat, Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, lapan buah sekolah juga ditutup kerana masih dinaiki air banjir.

Bagaimanapun, sekolah tidak terlibat banjir tetap memulakan sesi persekolahan esok mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Festival Permainan Tradisional Peringkat Negeri Johor di Ulu Tiram, Johor Bahru.

Sebelum ini Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu sepatutnya bermula 2 Januari lalu namun ditangguh selama seminggu susulan bencana banjir.

Media Baharu