fb fb fb fb fb

PPS Pontian ditutup sepenuhnya

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup di Pontian pada pukul 1 tengah hari tadi, berikutan banjir kilat yang berlaku di daerah Pontian/Foto Ihsan APM Johor

JOHOR BAHRU, 22 Jun - Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di di Pusat Kokurikulum Kampung Sungai Tempayan di Pontian ditutup secara rasmi pada pukul 1 tengah hari tadi, selepas banjir surut di kawasan tersebut.

PPS tersebut beroperasi selama 23 jam dengan menempatkan tujuh orang penduduk terjejas daripada dua keluarga.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBM), keadaan paras air di dua sungai di daerah Pontian dilaporkan pada tahap normal, iaitu Sungai Pontian Besar dengan bacaan 3.79 meter dan Sungai Pulai 1 meter.

Selain, aras air di kawasan kediaman turut surut sepenuhnya.

Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) juga meramalkan, tujuh daerah di Johor termasuk Tangkak dan Johor Bharu akan mengalami ribut petir dan hujan lebat.

GRACE AISYAH KEDAYAN