fb fb fb fb fb

Potensi industri kreatif perlu diperluas demi kelangsungan - FINAS

Ketua Pengarah Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Potensi ekonomi industri kreatif perlu diperluas sekali gus dalam memastikan kelangsungan sektor kreatif negara.

Ketua Pengarah Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata Malaysia mempunyai teknologi serta kepakaran setanding pemain industri kreatif antarabangsa dalam menghasilkan karya berkualiti dan bermutu tinggi.

"Dari segi peluang itu ada, untuk kita dapatkan lebih banyak peluang daripada pelabur, melabur dalam filem-filem kita."

"Industri ini perlu mampan selain boleh bergerak dengan sendiri. Maka, insentif kita daripada kerajaan dan FINAS adalah untuk menyuntik supaya ia akan pergi ke peringkat lebih tinggi dan mencapai sasaran yang kita inginkan. Paling penting industri ini perlu dipacu ekonomi," kata Datuk Azmir kepada pemberita selepas ditemu bual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Jelasnya, FINAS menyediakan pelbagai platform khusus membantu penggiat industri kreatif meningkatkan tahap profesionalisme serta menghasilkan karya kreatif yang memiliki nilai kebolehpasaran yang tinggi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM