fb fb fb fb fb

Pos Malaysia sasar guna EV sepenuhnya menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Pos Malaysia Berhad meletakkan sasaran peralihan sepenuhnya kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV) bagi aktiviti logistiknya menjelang 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Charles Brewer berkata langkah tersebut juga sebahagian daripada komponen utama dalam rangka kerja kemampanan syarikat itu yang dilancar Mac lalu.

"Terkini, kami mempunyai 6,000 motosikal dan sekitar 3,000 kenderaan empat roda. Jumlah itu pastinya memberi impak kepada pelepasan karbon. Kami mahu beralih 100 peratus kepada kenderaan hijau menjelang 2030.

Menerusi pelancaran hari ini, kami menyasarkan 200 EV dua roda dan sekitar 146 EV empat roda menjelang hujung tahun," kata Charles dalam sidang media selepas pelancaran kerjasama Pos Malaysia dengan syarikat pembekal solusi teknologi hijau, Yinson GreenTech.


(Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer)

Yinson GreenTech akan membekalkan 146 van elektrik komersial, dilengkapi teknologi perisian telematik yang menyokong kecekapan operasi.

Turut disediakan, kemudahan pengecas di depot Pos Malaysia seluruh negara, selain perkhidmatan sokongan teknikal kepada van terlibat.

Media Baharu