fb fb fb fb fb

Pos Malaysia Run 2024 sasar 5,000 peserta

Majlis memperkenalkan penaja dan rakan kerjasama Pos Malaysia Run 2024

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Dijangka 5,000 peserta akan menyertai program larian Pos Malaysia Run 2024 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 29 September.

Uniknya syarikat tersebut mengikut pendekatan yang lebih mesra alam, syarikat tersebut mengambil langkah untuk menghasilkan kemeja-T larian menggunakan 100 peratus bahan kitar semula.

Bertemakan ‘Jom Laju For Fun!’, larian bukan sahaja meraikan warisan Pos Malaysia, tetapi juga mengukuhkan komitmen untuk membina komuniti dan kehidupan sihat dengan tumpuan kepada tanggungjawab alam sekitar.

Larian turut bakal menampilkan tiga jarak larian iaitu 6.2km, 10km dan 15km.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia Fiona Liao, program tersebut mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan Negara serta EON Berhad sebagai penaja utama termasuk 15 penaja.

Pingat untuk peserta juga diperbuat daripada bahan kitar semula.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE