LANGKAWI, 29 Januari- Langkawi sekali lagi berjaya menarik lebih 200 peserta sukan berbasikal menerusi POLYCC RIDE@LANGKAWI 2022 melibatkan kayuhan sejauh 70 kilometer.
Ia disertai oleh warga Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara yang bermula di Langkawi Tourism Academy (LTA).
Yang Dipertua Majlis Sukan Politeknik, Azirin Abdul Aziz berkata, ia menjadi program pertama anjuran Majlis Sukan Politeknik selepas negara berdepan COVID-19 selain membantu mempromosikan sektor pelancongan berkosepkan sukan bertaraf antarabangsa di Langkawi.
"Ada zon-zon pendakian dan sebagainya yang sebahagian daripadanya adalah laluan kejohanan LTDL".
"Usaha ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk membantu industri pelancongan di Langkawi khususnya," kata Azirin.
Pada 60km pertama menyaksikan peserta diwajibkan mengayuh pada kelajuan 30km/j dan segmen pecutan adalah pada 10km terakhir.
Ia juga bakal dijadikan acara tahunan berikutan Langkawi sinonim dengan sukan berbasikal bertaraf antarabangsa seperti Iron Man dan Le Tour de Langkawi (LTdL).