fb fb fb fb fb

Polis tahan sembilan wanita warga asing terlibat aktiviti tidak bermoral di Genting Highlands

(Polis daerah Bentong menahan sembilan wanita warga asing dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak
bermoral dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Genting Highlands)

BENTONG, 3 September - Polis daerah Bentong menahan sembilan wanita warga asing dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Genting Highlands, Bentong, malam semalam.

Serbuan dilakukan pukul 11.50 malam dan semua wanita itu berada dalam bilik karaoke sedang berhibur sambil minum minuman keras.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemeriksaan polis menemui dadah jenis ketamine seberat 2.25 gram dan serbuk berwarna kuning keemasan dipercayai syabu seberat 22.75 gram.

Manakala, anggaran nilai rampasan RM750 dan ujian air kencing terhadap wanita berusia antara 25 hingga 36 tahun itu mendapati lapan daripadanya positif dadah jenis methamphetamine.


(Polis daerah Bentong menahan sembilan wanita warga asing dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak
bermoral dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Genting Highlands)

Selain itu, pihak polis turut menemui sejumlah 16 keping kondom yang dipercayai digunakan bagi kegiatan tidak bermoral ketika pemeriksaan lanjut dalam bilik karaoke itu.

Katanya, semua wanita terbabit direman bermula hari ini hingga 16 September bagi siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12 (2), Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 39B, Seksyen 59/63/15(1)(C) dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963.

Media Baharu