fb fb fb fb fb

Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson

FOTO FAIL

PORT DICKSON, 20 Jun - Kertas siasatan berkaitan dakwaan seorang suami memukul isterinya di sebuah hotel di sini, baru-baru ini telah dibuka.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada mangsa dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

"Tular satu video berdurasi 31 saat menerusi satu akaun Facebook memaparkan seorang lelaki telah memukul seorang wanita (mangsa) di sebuah bangunan hotel, iaitu melibatkan pasangan suami isteri," katanya.

Siasatan mendapati pergaduhan antara suami isteri berusia 37 dan 38 tahun itu berlaku pada 24 Mei lepas dan puncanya dipercayai akibat lelaki itu berlaku curang.

"Akibat daripada pergaduhan itu, mangsa cedera di pipi dan sakit di beberapa anggota badan," katanya lagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

TETITIA YUSOFF