fb fb fb fb fb

Polis sedang kesan suspek ancam bom di sekolah

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR, 24 November- Sebanyak 51 laporan polis diterima melibatkan 51 sekolah berhubung ancaman bom palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan masih dijalankan dengan kerjasama dari negara Jamaica, Trinidad, Tobago serta Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan pautan emel ancaman diterima.

"Peningkatan laporan diterima adalah disebabkan pembacaan emel yang lewat, walaupun ancaman bom disebarkan hampir waktu sama. Kita tidak mahu sesiapa menangguk di air yang keruh untuk mengambil peluang ini untuk mengancam ketenteraman negara. Pihak polis akan terus mengunjungi setiap sekolah yang menerima ancaman tersebut untuk memastikan tiada unsur-unsur sabotaj," kata Mohd Shuhaily kepada pemberita di sini.

Jelasnya, motif serta pengesanan suspek juga sedang diteruskan.

Alamat emel sekolah yang tertera di domain awam antara punca sekolah terlibat menjadi sasaran.

Sebanyak 10 kertas siasatan dibuka di seluruh negara di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM