fb fb fb fb fb

Polis Perlis gesa sekolah beri kerjasama, kekang buli

Datuk Muhammad Abdul Halim

KANGAR, 3 Januari- Polis Perlis menggesa pendekatan pencegahan bersepadu bagi membasmi kejadian buli di peringkat sekolah secara menyeluruh.

Menurut Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim, pihaknya mengambil pendekatan turun ke sekolah-sekolah dan berkerjasama dengan Jabatan Pendidikan untuk melihat permasalahan tersebut.

"Dari aspek arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri kepada sekolah-sekolah di Perlis, diharapkan pihak sekolah boleh membuat pelapran terus berkenaan kejadian buli. Bagi pihak polis kita sentiasa menerima laporan sama ada memberikan khidmat nasihat atau mengambil tindakan jenayah sahaja.

"Dalam aspek kaunseling juga kita boleh bantu untuk memastikan kejadian buli ini dapat dibanteras dengan kerjasama pihak sekolah. Namun pihak sekolah perlu bekerjasama daripada menutup perkara seperti ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Jenayah Seksual di Kalangan Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, di sini.

Bagaimanapun Muhammad Abdul Halim berkata, sifat kenakalan segelintir pelajar perlu dibendung supaya tidak tercicir daripada sistem pendidikan selain menghalang mereka melakukan jenayah yang lebih besar.  

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI