PENDANG, 26 Mac - Polis Daerah Pendang telah membuat persiapan rapi menghadapi kemungkinan ribut di kawasan itu.
Ini susulan berlakunya dua kejadian ribut di daerah itu dalam tempoh seminggu.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan (DSP) Arriz Sham Hamezah berkata, pihaknya sedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk menggerakkan anggota dan mendirikan pusat operasi sementara jika berlaku bencana.
Beliau turut menggesa penduduk bekerjasama dan sentiasa berwaspada.
(Arriz ketika ditemui pemberita)
"Nasihat saya kepada penduduk yang terjejas dari segi harta benda ekoran ribut tempoh hari segera membuat laporan untuk tindakan selanjutnya. Perlu sentiasa berwaspada dengan ancaman-ancaman atau pun berita yang dikeluarkan oleh pihak kaji cuaca (meteorologi) dan tindakan yang sewajarnya harus diambil bagi mengelak kejadian sama berulang," kata Arriz di sini.
Dalam kejadian ribut sebelum ni lebih 100 premis termasuk bangunan kerajaan dan rumah penduduk mengalami kerosakan.