fb fb fb fb fb

Polis mohon kesan remaja hilang sejak semalam

Remaja hilang, Muhammad Daniel Akmal Zulkhair, 14 tahun

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki hilang, sejak tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, remaja itu dikenali sebagai Muhammad Daniel Akmal Zulkhair.

Mangsa kali terakhir dilihat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Cheras, Kuala Lumpur.

"Dia dilaporkan hilang oleh pihak sekolah pagi semalam. Pelajar itu tidak hadir ke sekolah, (jadi) pihak sekolah membuat laporan polis.

"Polis telahpun gerakkan operasi pencarian," katanya pada sidang media di Balai Polis Setiawangsa di sini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran ataupun menghubungi hotline Polis Cheras di talian 03-92845050 atau 5051 dan hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

SITI AISHAH BINTI MD ISA