fb fb fb fb fb

Polis Melaka tahan tujuh individu jual mercun tanpa lesen

(FOTO HIASAN)

MELAKA, 18 April - Polis Melaka telah menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 27 hingga 43 tahun kerana menjual mercun tanpa permit di bazar Ramadan dan premis kediaman di sekitar negeri itu setakat ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata pihaknya turut merampas sebanyak 1,703 kotak mercun 'Happy Boom' pelbagai jenis dan 76 kampit mercun bola bernilai RM45,000.

Katanya, kesemua individu yang ditahan akan disiasat di bawah seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

(Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah / FOTO FAIL)

“Bermula daripada 28 Mac 2023 hingga 26 April 2023 ini sejumlah 287 permohonan permit telah dibuat yang mana hanya 220 permohonan diluluskan dan 67 permohonan  telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

"Dalam tempoh yang sama seramai tujuh individu berumur 27 hingga 43 tahun yg terdiri daripada enam lelaki melayu serta seorang lelaki cina tempatan terlibat dalam aktiviti penjualan mercun tanpa permit dan sebanyak 1,703 kotak mercun happy boom serta 76 kampit mercun bola di rampas," katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media di Dewan Parameswara, Mes Ibu Pejabat Polis (IPK) di Bukit Beruang, di sini, malam tadi.

Tambah Zainol, pemantauan akan dilakukan pihaknya di sekitar kawasan awam dan premis perumahan bagi memastikan orang ramai tidak membakar mercun selepas pukul 12 tengah malam.

Media Baharu